Halaman

Jumaat, 5 Ogos 2011

MAAF KAN SAYA JIKA SAYA PERNAH . . . .



Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat

 mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu 

masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah 

menghadiahkannya dengan seguni paku. "Untuk apakah 

paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut. "Setiap kali 

kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah 

kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya. 

Pada hari yang Pertama sahaja, pemuda itu telah memaku 

sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. 

Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan 

kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga 

berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal 

kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu 

tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda 

tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun 

memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan 

gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia 

mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari 

yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan 

akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku 

tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara 

tersebut kepada bapanya dengan bangganya. Bapanya 

lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata 

"Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi 

lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, 

tembok itu TIDAK akan kelihatan sama lagi seperti 

sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan 

sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut 

dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang 

dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kisah 

berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas 

perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati 

adalah lebih pedih dari luka fizikal. Sahabat adalah permata 

yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan 

menggalakan mu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah 

seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa 

membuka hatinya kepada kita. "Maafkan saya sekiranya 

saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati 

anda...."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan